Sunday, 1 June 2014

KELEBIHAN-KELEBIHAN SIMKAD TONE EXCEL

Apa kelebihan simkad Tone Excel ni? 
Antara kelebihan simkad Tone Excel ini ialah:

  1. Anda TOPUP anda dapat DUIT. anda topup RM30 dapat FREE RM10, anda TOPUP RM50 dapat FREE RM20. Bukan itu sahaja, sejak Mac 2014 syarikat Tone Excel sdn bhd berbesar hati memberikan pengguna simkad ini cash rebat sebanyak 3% daripada nilai topup mereka sendiri. ini adalah satu-satunya syarikat telco yang memberikan duit kepada penggunanya apabila mereka topup. contohnya anda topup RM100 anda akan dapat semula RM3 iaitu 3% daripada topup anda itu. Anda jangan ketawa walaupun 3% itu tidak banyak tetapi simkad anda itu ada beri duit semula kepada anda? tiada kan? menghabiskan duit apabila topup ada la.







  2. Anda akan dapat komisyen apabila anda memperkenalkan simkad ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda. Anda akan dapat RM20 seorang jika ahli keluarga dan rakan-rakan anda mendaftar sebagai ahli dan bertukar ke Tone Excel. jika 10 orang anda akan dapat RM200. jika 100 orang anda dapat RM2000. WOW mudah bukan? hanya dengan mempromosikan dan menceritakan kelebihan simkad anda dapat duit, jika anda menceritakan kelebihan simkad anda sekarang ada dapat duit? tidak bukan.

  3. Selain itu, anda akan dapat komisyen topup di mana setiap kali ahli keluarga dan rakan-rakan yang mendaftar dengan anda itu topup, anda akan dapat komisyen sehingga 20-26%. Jangan lupa, mereka boleh topup di mana-mana kedai sekali pun, seolah-olah semua kedai di seluruh Malaysia tersebut jadi kedai anda. Bukannya mereka topup dengan anda. Mereka tak perlu jumpa anda kerana anda bukan penjual topup. Tetapi, setiap kali mereka topup di kedai, anda akan dapat komisyen di rumah. He he he, ini namanya duduk rumah dapat duit. Seolah-olah keseluruhan kedai yang menjual topup handphone di Malaysia ini adalah kedai milik anda. Setiap pelanggan anda boleh topup di mana-mana, ToneExcel akan mengambil komisyen tersebut dan secara automatik komisyen tersebut dimasukkan terus kedalam bank anda setiap 21hb. Dah kira macam gaji kedua atau pun pencen. Bukankah itu sangat hebat!

    Anda bayangkan, jika pelanggan anda tadi guna simkad tersebut selama 10 tahun, maka selama itulah anda akan dapat komisyen topup daripadanya setiap bulan. Lagi satu, agak2 berapa lama kita akan pakai handphone, ramai yang kata, kita pakai handphone sampai mati en. Mazelan.

    Cuba lihat contoh dibawah ini:
     


    Katakanlah, sekiranya anda (U) dapat menjual simkad kepada 3 orang sahaja, (anda boleh menjual seberapa ramai yang anda mampu, bukan 3 sahaja) A,B dan C, ia dipanggil Level-1. Pertama anda akan mendapat Fast track bonus sebanyak RM20x3=RM60.

    Komisyen topup pula, setiap kali ABC topup anda akan mendapat 6%. Contohnya, jika A topup di kedai sebanyak RM10, anda duduk dirumah dapat 60 sen.

    Sekiranya A dapat menjual  simkad tersebut kepada 5 orang, D,E,F,G dan H, ia dipangil Level-2. Jika D topup sebanyak RM10 sahaja di kedai, A akan dapat 60 sen, anda tak pasal-pasal dapat 30 sen, sedangkan anda sendiri tak kenal siapa D. Siapa sahaja di Level-2 anda topup, anda akan dapat 3%.

    Sekiranya G menjual simcard kepada 3 orang sahaja, K,L dan M, ia dipanggil Level-3. Jika M topup RM10 di kedai, G akan dapat 60 sen, A akan dapat 30 sen, anda tak pasal-pasal dapat RM1.10. Sebab, sesiapa sahaja di Level-3 anda topup, anda akan dapat 11%.

    Jangan tanya saya kenapa Level-3 dapat lebih besar sehingga 11%. Itu strategi syarikat. Kita tak perlu ambil tahu. Tetapi yang lebih penting, ToneExcel tidak pernah menipu kita dari segi pembayaran komisyen selama 4 tahun kewujudan mereka.

    Anda akan dapat komisyen hingga ke Level-3 sahaja, tetapi setiap level adalah infinity. Maksudnya di Level-1, anda boleh menaja seberapa ramai yang anda mampu. Saya sendiri hanya ada 400 orang di Level-1, itu pun saya menaja selama 2 tahun. Level-2 dan level-3 tak tahu berapa ramai. Itu pun dah boleh merasa total komisyen lebih RM200,000 tiap-tiap bulan. Siapa nak bagi tuan, 2 tahun kerja penat-penat menaja sehingga 400 orang, lepas tu, kita relaks sahaja menerima komisyen setiap bulan, kerana setiap bulan orang topup. Mana ada kerja, kalau kita berhenti majikan nak teruskan bayar gaji. Dan juga, jika kita meninggal dunia, komisyen ini juga akan tetap terus dibayar kepada waris kita, selagi ada orang topup handphone mereka. (Ada ke orang tak topup handphone mereka?).

    Soalannya, adakah ia sangat berbaloi? Jawapannya sangat2 berbaloi, kerana ia mengubah terus kehidupan kami sekeluarga. Daripada hidup dibelengu hutang, sekarang tiada hutang langsung. Dulu hidup pergi kerja pagi, balik petang, dapat gaji bayar hutang, sekarang tak payah kerja, tak payah berhutang lagi. Kalau itulah nilai yang akan kita perolehi, anda pilih nak kerja 2 tahun atau 200 tahun, umur pun tak sampai banyak tu.

    Syarat untuk mendapat komisyen topup sebanyak 6%, 3% dan 11% adalah, anda sendiri sebagai pengguna hendaklah top up lebih besar daripada RM20 setiap bulan. Jika anda top up kurang daripada RM20, anda tidak layak untuk mendapat komisyen topup pada bulan tersebut. Maksudnya di sini, sekiranya anda sudah ada downline, apabila mereka to up, anda tidak akan dapat apa-apa komisyen pada bulan tersebut. Tapi jika bulan depannya ada topup sendiri topup lebih dari RM20 sebulan, maka komsiyen akan dimasukkan kedalam bank anda untuk bulan tersebut.

    Sekiranya anda sendiri topup lebih daripada RM60, peratusan komisyen top up anda juga akan berubah. Bukan lagi 6%, 3%, 11% tetapi ia menjadi 10%, 3%, 13%. Iaitu Level-1 menjadi 10%, Level-2 tetap 3% dan Level-3 menjadi 13%. Banyak tu...

  4. Komisyen-komisyen ini akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda setiap 21hb bulan berikutnya. Asalkan komisyen tersebut melebihi RM30, ToneExcel akan tranfer  ke akaun anda, jika tak cukup, mereka akan simpan dan dibawa ke bulan hadapannya.

    Lihat satu contoh di sini:
    Apa akan terjadi jika anda berjaya menaja 10 orang di Level-1, dan Level-1 anda juga berjaya menaja 10 orang setiap seorang di Level-2 dan Level-2 anda juga berjaya menaja 10 orang setiap seorang di Level-3. Anggapkan setiap seorang to up RM50 setiap bulan. (Saya ambil contoh RM50 ini bukan apa, memanglah syarat minima topup RM20, tetapi jangan lupa syarat minima untuk kelayakkan insuran adalah RM50, jadi senang kita ambil contoh RM50, bonus layak, insuran pun layak).

    Level-1     10 x RM50 x 6% = RM30
    Level-2     10 x 10 x RM50 x 3% = RM150
    Level-3     10 x 10 x 10 x RM50 x 11% = RM5500
    Total RM 5680

    Bulan tersebut anda akan mendapat RM5680. Siapa nak bagi... tak cukup ke kalau sebanyak itu dapat duit sampingan untuk tambahkan gaji kita, saya rasa dalam hati kita ramai yg kata, banyak tu. Tapi yang penting, agak-agaknya lah, bulan depan mereka akan topup lagi tak? Jawapannya pasti YA. Dan ini bermakna, bulan depannya anda akan dapat komisyen lagi, itulah yang akan terjadi kepada saya setiap bulan. Tiap-tiap bulan dapat komisyen. Kerja sekali, komisyen berkali-kali. lihat video di bawah bagi memudahkan anda untuk faham.

                              


  5. Mendapat Bonus Tajaan Bulanan


    Apabila anda melakukan penajaan setiap bulan. Anda akan menerima komisyen tambahan seperti berikut ;

    1 tajaan pada bulan tersebut, anda akan diberikan tambahan 5% daripada komisyen top up anda pada bulan tersebut.


    2 tajaan pada bulan tersebut, anda akan diberikan tambahan 10% daripada komisyen top up anda pada bulan tersebut.


    5 tajaan pada bulan tersebut, anda akan diberikan tambahan 15% daripada komisyen top up anda pada bulan tersebut.


    10 tajaan pada bulan tersebut, anda akan diberikan tambahan 20% daripada komisyen top up anda pada bulan tersebut.

    Sebagai contoh jumlah komisyen top up anda pada bulan april adalah sebanyak RM100 dan pada bulan tersebut anda telah membuat tajaan seramai  5 orang, maka komisyen tajaan yang bakal anda terima adalah sebanyak RM100x15% iaitu RM15.
    Semua komisyen ini akan dibayar pada awal tahun depan iaitu januari pada setiap tahun.

  6. Mendapat perlindungan Insuran Kemalangan sebanyak RM100,000
    Sebagai pengguna ToneExcel ini, anda juga akan diberikan Insuran Kemalangan Percuma yang dikeluarkan oleh Tune Insuran bernilai RM100,000 dengan syarat topup anda sendiri melebihi RM50 setiap bulan. Insuran kemalangan ini hanya membabitkan kematian dan cacat kekal sahaja. Ia tidak termasuk penunggang motosikal, tidak termasuk Polis/Askar sewaktu bekerja dan tidak termasuk kemalangan sewaktu pembabitan di dalam sukan yang merbahaya, seperti payung terjun, scuba diving dll. Persoalannya, sudah berapa lama anda pakai hp? Ada ke mana2 kompany yang berikan perlindungan insuran kepada anda? Dibawah ini ada satu contoh seorang sahabat kita, belum berkahwin, baru pakai handphone tunetalk/toneexcel selama 3 bulan, meninggal dunia kerana kemalangan, shukur kerana ibubapa arwah menerima sumbangan sebanyak RM100,000 dari TuneInsurance. Memang kehilangan arwah dan kesedihan tidak boleh digantikan dengan wang ringgit, cuma sekurang-kurangnya duit tersebut mampu mengurangkan sedikit beban kehidupan yang ditanggung oleh keluarga beliau.



    Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai insuran ini, anda boleh menghubungi Tune Insuran di talian 03-2070-2828 / 03-2070-8033. Saya hanya tahu setakat itu sahaja, kerana saya hanya penjual simkad, bukan agen insuran dan kita bukan jual insuran.
  7. Dimana ada jual topup, disitu ada jual topup TuneTalk.
    Topup untuk prepaid TuneTalk ini, ada dijual di seluruh Malaysia. Kalau tak percaya, anda boleh pergi ke mana-mana kedai yang menjual topup berhampiran rumah anda, atau 7eleven, atau station minyak dan tanya samada mereka ada jual topup TuneTalk atau tidak. Jangan tanya Topup ToneExcel, tanya topup TuneTalk. Kalau sesiapa yang tahu internet dan ada maybank2u atau cimb click, cuba topup melalui online, tengok ada ke tidak topup tunetalk. Kalau ada, habis cerita. Kalau anda pengguna cimbclick atau paypal, anda boleh buat autotopup.

    Topup tunetalk ada dijual di mana-mana diseluruh Malaysia. Anda boleh topup RM3, RM5, RM10, RM50, RM80, RM100 atau RM300. Senang kata, apa jua nilai yang ingin anda topup, ada dijual di luar sana.

  8. Point yang boleh ditukar dengan tiket Air Asia
    Point yang boleh ditukar dengan tiket Air Asia.Sebagai pengguna tunetalk ini, setiap kali anda topup, anda akan mendapat point. Point-point tersebut kalau dikumpulkan, boleh ditebus dengan tiket kapal terbang AirAsia.

                            

    Asalkan ada penerbangan AirAsia, maka adalah point-point tertentu yang boleh anda tebus. Untuk menebus tiket-tiket tersebut, anda boleh hubungi terus ke khidmat pelanggan TuneTalk di 0379490000
  9.  Anda boleh mengekalkan nombor lama jika mahu.
    Sebagai pengguna talian TuneTalk ini, anda juga boleh membuat pilihan, samada ingin menggunakan nombor yang diberikan oleh TuneTalk, yang biasanya bermula dengan 010 atau 0111, atau anda boleh mengekalkan nombor lama anda ke dalam simkad tunetalk ini. Asalkan no lama tersebut didaftarkan menggunakan IC anda. Jadi, anda tidak perlu risau untuk kehilangan atau berpisah dengan nombor kesayangan anda. No lama anda itu tidak kira samada line postpaid atau prepaid, boleh dikekalkan. Tetapi jika permohonan itu berjaya dikekalkan, ia sudah menjadi prepaid tunetalk, nombor sahaja no lama. Tunetalk tiada postpid/line, 100% prepaid.
  10. Points boleh ditukar kepada telefon bimbit atau tablet berjenama. anda hanya perlu menebus point topup anda sahaja.
  11.  Pendapatan boleh diwariskan. pendapatan anda boleh diwariskan kepada waris anda.
  12. Program dilindungi dan mendapat kerjasama Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM)
  13. Pelan Tone Excel adalah no2 termurah antara telco-telco yang lain. Dengan hanya 28 sen/ seminit call dan 10 sen/sms. Pakej internet juga sangat murah dengan hanya RM42/GB sebulan. tetapi anda boleh dapat dengan hanya Rm22/GB je. tak percaya? mari saya tunjukkan kira-kiranya:

    Anda topup RM50 dapat FREE RM20 = RM 70
    RM70 - RM42 = RM 28(baki)
    RM50( kredit anda jika tidak ambil kira FREE RM20) - RM28 = RM22
    jadi anda sebenarnya hanya bayar RM22/GB sebulan. =)

 Sehingga November 2013, lebih 180,000 rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada Program ini.
Tone Excel di TV2:







Tone Excel di surat khabar:






Sumber: 
  1. http://toneexcel.biz/?id=363990
  2. http://kerjakumudah.blogspot.com/


No comments:

Post a Comment